– Syarikat menyasarkan untuk merevolusikan penglibatan pelanggan dalam perniagaan B2C melalui strategi yang dipacu dan pengekalan rundingan
– Momentum di Asia Pasifik disaksikan di sebalik keputusan tambahan yang terbukti dihasilkan untuk perniagaan ikonik seperti PFI Mega Life, Unilever, Arabian Oud dan PasarPolis serta banyak lagi
– WebEngage telah menubuhkan pasukan khas perunding pertumbuhan dan pakar domain yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia serta hubungan rakan kongsi yang kukuh dan maju di rantau ini termasuk Malaysia, Vietnam, Thailand dan Filipina

 

Jakarta, Indonesia & Mumbai, India, Oct 15, 2024 – (ACN/NewsVoir) – Menurut laporan IDC, pelaburan AI Generatif di rantau Asia Pasifik (APAC) dijangka mencecah sehingga $110 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang dengan cerapan dan penyelesaian yang dikuasakan oleh AI yang dijangka bakal mengubah masa depan perniagaan. Dengan ketersediaan rantau ini dalam memacu kemajuan teknologi, WebEngage, peneraju global dalam perundingan pengekalan dan penglibatan pelanggan, telah mengumumkan pengembangannya dalam pasaran Asia Pasifik pada hari ini. Syarikat tersebut menyasarkan untuk merevolusikan cara perniagaan di rantau APAC berinteraksi bersama pelanggan mereka dengan menawarkan set alatan komprehensif bagi memperkasakan pemasar untuk mencipta kempen tersendiri dan berkesan. Dengan matlamat yang besar bagi mencapai pertumbuhan 5 kali ganda menjelang 2027, langkah strategik ini bertujuan untuk memanfaatkan ekosistem permulaan yang berkembang pesat di rantau ini dan perniagaan warisan yang mengutamakan digital. WebEngage telah ditetapkan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memacu pertumbuhan yang mampan dalam APAC bagi jenama B2C dengan strategi yang lebih maju, kuasa AI serta berfungsi dengan baik.

Imej perkhidmatan penuh yang ditawarkan oleh WebEngage kepada pelanggan

Hetarth Patel, Naib Presiden Pasaran Pertumbuhan (MEA, Amerika, APAC), WebEngage, menekankan bahawa kepentingan APAC sebagai pasaran utama bagi syarikat, memandangkan peningkatan permintaan untuk penyelesaian penglibatan pelanggan yang didorong oleh ekonomi digital dinamik rantau ini. Beliau berkata, “Dalam landskap kompetitif hari ini, perniagaan semakin menyedari keperluan penglibatan pelanggan yang diperibadikan secara berlebihan untuk memupuk kesetiaan dan meningkatkan Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan. CDP yang dikuasakan oleh AI kami, enjin dan suite penglibatan telah menghasilkan peningkatan pendapatan dan margin yang konsisten pada perniagaan di pasaran Asia Pasifik bagi pelanggan iaitu PFI Mega Life, Unilever, Arabian Oud dan PasarPolis serta lain-lain. Kami menyasarkan untuk menjadi rakan kongsi platform automasi pemasaran dan penglibatan pelanggan yang paling diutamakan bagi perniagaan di Asia Pasifik menjelang tahun 2027. Kami juga sedang membina sebuah ekosistem yang kukuh dalam kalangan rakan kongsi seperti Penyepadu Sistem Global, Rumah Perunding dan Agensi Pemasaran Digital di seluruh Indonesia, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Filipina.”

Landskap terkini mendedahkan jurang yang ketara dalam penggunaan AI generatif dalam kalangan perniagaan, mengehadkan keupayaan mereka untuk mencipta kandungan hiper-peribadi dan menjalankan kajian. “Matlamat kami adalah untuk mengubah naratif tersebut,” kata Patel. “Dengan menyepadukan keupayaan AI kami akan terbukti dapat diaplikasikan dalam industri dan sub-industri tertentu, perniagaan boleh mencapai tahap kreativiti dan kecekapan yang baharu.”

WebEngage diaplikasikan dalam strategi pertumbuhan jangka panjang di APAC, memfokuskan pada inovasi bagi menangani keperluan unik pasaran. Ia berdiri kukuh bersama pelanggan terkemuka seperti PFI Mega Life, PasarPolis TyrAds, QBFoods dan MedsGo, merangkumi industri termasuk e-dagang, runcit, kewangan dan lain-lain. Pelanggan WebEngage telah memperlihatkan peningkatan luar biasa dalam pendapatan dan margin sehingga 40% merentas industri.

WebEngage merupakan sebuah platform automasi pemasaran terkemuka yang memberikan penyelesaian analisis pemasaran yang bersesuaian. Dengan memanfaatkan data pihak pertama dan carian yang tepat. WebEngage telah melebarkan sayap sekurang-kurangnya lebih 800 buah jenama di seluruh India, Timur Tengah & Afrika, Amerika Latin dan Asia Tenggara dalam membangunkan strategi penglibatan yang diperibadikan yang disesuaikan dengan keperluan keunikan pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang WebEngage, layari laman web: https://webengage.com/

Tentang WebEngage:

WebEngage membantu menaikkan jenama pengguna dan mengekalkan pelanggan mereka ke arah peningkatan nilai pembelian dan ROI pemasaran. Susunan produk termasuk data pelanggan dan platform analitik yang teguh – menggabungkan data tanpa halangan, tahap penglibatan terbaik dalam pengkelasan dengan pembinaan berbagai saluran dan enjin pemperibadian yang membantu meningkatkan penukaran bagi semua saluran, termasuk web dan aplikasi mudah alih.

Kedudukan #1 secara konsisten merentasi di semua platform ulasan mengenai kemudahan penggunaan dan kelengkapan platform, WebEngage digunakan lebih 800 buah jenama di seluruh pasaran India, Timur Tengah & Afrika, Amerika Latin dan Asia Tenggara. Ia merentasi senarai industri E-Commerce & Travel, Edtech, BFSI & Fintech termasuk jenama seperti Unilever, Walmart, Airtel, Myntra, L’Occitane, Cipla, Reliance General Insurance, Tata Mutual Fund, Unacademy, Pepperfry, GoIbibo, Adani One, PFI Mega Life, PasarPolis, Wego, Groww, Acko, Blackberrys serta banyak lagi.

Untuk pertanyaan media
APRW: Ferry Prihardiputra
Hubungi: +62 817 526 8638
E-mel: ferry@aprw.asia

WebEngage: Anand Vaidya
Hubungi: +91 99300 58087
E-mel: anand.vaidya@webengage.com

WebEngage: Simone Chhabda
Hubungi: +91 9619128455
E-mel: simone.chhabda@webengage.com