BIO Integrasi Sdn Bhd bersedia memasuki pasaran antarabangsa antaranya Indonesia, Jepun, Nigeria, China dan Turki tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Shahrizal Sarip berkata, kelima-lima negara terbabit sudah memberi persetujuan, bagaimanapun pihaknya berdepan kekangan akibat pandemik Covid-19.

“Kami berharap Covid-19 ini cepat selesai untuk memulakan langkah syarikat meneroka pasaran luar negara.

“Antara produk yang akan kami bawa masuk ke negara berkenaan lampin pakai buang kanak-kanak di bawah jenama Baebae, tuala wanita dan pantiliner Flowra.

“Semua produk keluaran syarikat dihasilkan melalui teknologi terkini yang memberi penyerapan kuat dan tidak akan bocor,” katanya.

 Pengarah Eksekutif Bio Integrasi Sdn Bhd, Datuk Seri Shahrizal Sarip.
Pengarah Eksekutif Bio Integrasi Sdn Bhd, Datuk Seri Shahrizal Sarip.

Shahrizal berkata, produk syarikatnya juga yang pertama di dunia mendapat sijil halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, tahun ini pihaknya menyasar jualan lebih RM5 juta terutama disumbangkan melalui pasaran dalam talian.

“Sasaran jualan ini hanya pasaran Malaysia dan kami akan mengeluarkan beberapa lagi produk membabitkan penjagaan bayi termasuk pelitup muka untuk bayi.

“Kami mahu jenama Baebae ini diguna pakai oleh semua rakyat Malaysia kerana kualiti premium dan dijamin halal.

“Selain itu, kami turut mempunyai 1,000 ejen di seluruh negara yang menjual produk Baebae dan Flowra dengan margin keuntungan bermula 20 peratus,” katanya.