PERUNCIT barangan rumah Malaysia, MR DIY akan membuka 30 lagi kedai baharu di seluruh negara hujung minggu ini.

Sempena dengan pembukaan ini, MR DIY menyediakan 30,000 hadiah percuma bernilai lebih daripada RM800,000 untuk diberikan kepada pelanggan di acara pembukaan rasmi cawangan baharunya.

Naib Presiden Pemasarannya, Andy Chin berkata, langkah itu tepat sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini yang mana semakin ramai orang lebih berjimat dalam perbelanjaan.

“Saya ingin mengumumkan pembukaan secara serentak 30 kedai MR DIY baharu di seluruh Malaysia agar kita dapat membantu mereka mencapai matlamat itu dengan menawarkan pelbagai produk pada harga yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pembukaan kedai baharu di di Kedah, Kelantan dan Terengganu dibuat pada 24 hingga 25 Julai manakala kedai baharu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak pada 25 hingga 26 Julai.

Antara lokasi kedai baharu MR DIY ialah di Tanah Merah, Kota Bharu dan Ketereh (Kelantan), Miri, Kuching (Sarawak), Skudai, Kluang (Johor), Kajang, Pelabuhan Klang (Selangor).

Selain itu, katanya, sejajar dengan norma baharu, kedai MR DIY akan beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).