Ujarnya, selain pertumbuhan ekonomi yang perlahan akibat penularan COVID-19, harga minyak mentah yang jatuh merudum juga mempengaruhi perancangan yang dilakukan kerajaan sebelum ini.
“Jadi kita perlu susun semula, walaupun telah banyak yang sudah siap. Apabila saya masuk sekitar lima, enam minggu lalu, RMK-12 hampir siap.
“Namun dengan situasi semasa, hasil negara telah terjejas. Hasil adalah amat penting.
“Tapi turut sama penting adalah normal baharu yang akan ambil masa untuk syarikat hidup kembali, PKS boleh berdiri dengan sendiri, mereka yang akan kembali melabur semula.
“Jadi kita perlu lihat semula anggaran yang dibuat beberapa bulan lalu,” katanya pada sesi diskusi dalam talian yang dianjurkan IDEAS Malaysia di sini, pada Jumaat.
Sesi yang berlangsung selama lebih satu jam itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Ali Salman.
Sebelum ini, Kerajaan dijadual membentangkan RMK-12 pada 6 Ogos iaitu pada mesyuarat kedua Penggal Ketiga Perlimen Ke-14 yang dijadual bermula pad 27 Julai hingga 27 Ogos.
Bagaimanapun, ia tarikh tersebut dijangka berubah susulan penularan wabak COVID-19.