PUSAT beli-belah Billion mengambil langkah pertama ke dunia digital dengan melancarkan kedai rasminya secara eksklusif di Shopee.

Pelancaran dan kerjasama itu usaha kumpulan berkenaan bagi menawarkan kemudahan kepada pelanggannya mendapatkan barang keperluan harian dan rumah sambil mengurangkan impak negatif Covid-19.

Pengarah Operasi Kumpulan Billion, Tan He Khon berkata, proses digitalisasi perniagaan bukan keputusan dibuat semalaman.

Menurutnya, pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menguruskan saluran dan operasi perdagangan dalam talian.

“Apabila wabak Covid-19 melanda, kami yakin membuat keputusan tepat dengan membuka saluran perdagangan baharu ini serta dapat mengurangkan impak negatif Covid-19 terhadap perniagaan kami.

“Selain itu, pesanan diterima dari seluruh negara juga dipenuhi menerusi liputan logistik Malaysia, sekali gus membolehkan penjualan dan pembelian tanpa sempadan,” katanya.

Menurutnya, e-dagang kini memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan orang ramai.

“Selain di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Perak, Billion melihat peralihan pilihan pengguna yang drastik termasuk di kawasan pinggir bandar apabila mereka beralih ke dalam talian dari kedai fizikal untuk membeli-belah,” katanya.

Justeru, kata Tan, matlamat kumpulan berkenaan adalah menjadikan e-dagang sebagai aliran pendapatan stabil bagi pertumbuhan dan pengembangannya pada bulan dan tahun akan datang.

“Selain itu, dengan Pakej Bantuan Peniaga Shopee yang kami sertai memperlihatkan platform ini mempunyai segalanya untuk membantu meningkatkan prestasi kedai kami.

“Sistemnya yang bersepadu juga membolehkan kami menjejaki jualan, stok dan menganalisis data. Setakat ini, perjalanannya amat baik dan kami merekod jualan harian luar biasa,” katanya.

Kedai rasmi Billion di Shopee menampilkan lebih 670 produk merangkumi barangan runcit, peralatan rumah, pakaian dan lain-lain termasuk jenama di bawahnya seperti Martucci, Pink Apple, Progress, Pro-Touch dan O-Good.

Sempena Banner Day Billion pada 14 Jun ini, pembeli boleh mendapatkan tawaran menarik hingga 40 peratus ketika Jualan Kilat Shocking Sale.

Pengguna boleh menikmati promosi bagi produk seperti Nestum Family Cereal Original yang berharga RM6.9, minyak masak Naturel Blend tiga kilogram (kg) untuk RM20.90 dan Milo Activ-Go 2kg dengan harga RM29.90 serta baucar menarik ditawarkan di kedainya.

Penghantaran percuma di seluruh negara diberikan dengan perbelanjaan minimum RM40.

Untuk mendapatkan keperluan harian dari kedai rasmi Billion, layari https://shopee.com.my/billion.os