Kuala Lumpur: Maxis melancarkan Maxis Programmable Network (MPN), program perisian yang direka untuk membantu mempercepatkan pendigitalan bagi perniagaan.

Infrastruktur rangkaian teras dan sedia 5G ini direka untuk memberi perusahaan ketangkasan, kawalan, skalabiliti dan keupayaan dalam bagaimana mereka menghubungkan organisasi, bukan setakat melanggan perkhidmatan semata-mata.

“MPN membolehkan perusahaan untuk meningkatkan jalur lebar mereka secara berskala dengan langganan fleksibel dalam hanya satu hari. MPN membolehkan ciri utama yang merupakan pengubah cara bagi perniagaan iaitu Bandwidth on Demand yang menyediakan syarikat dengan keupayaan untuk menaik taraf jalur lebar dalam masa nyata.

“Untuk memanfaatkan sepenuhnya MPN, pelanggan hanya perlu log masuk atau mendaftar dengan Maxis Business Hub bagi mengakses suite perkhidmatan atas permintaan, termasuk Bandwidth on Demand,” kata Maxis dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis Paul McManus berkata, dengan MPN, Maxis memudahkan perniagaan untuk mengimbangi kos dan prestasi mereka dengan kawalan penuh.

“Melalui ciri-ciri Bandwidth on Demand baharu kami, pelanggan boleh mendapatkan jalur lebar yang mereka perlukan secara serta-merta dan membayar hanya untuk apa yang mereka pakai. Pelancaran MPN adalah bertepatan pada masa memandang perniagaan perlu bertindak balas dan menyesuaikan diri dengan pantas ke landskap digital yang berkembang pesat, di samping memastikan kecekapan kos,” katanya.

Bandwith on Demand‘ masa nyata tersedia melalui enam perkhidmatan jalur lebar perusahaan tetap seperti Akses Internet Berdedikasi, Pengurusan SD-WAN, Sambungan Teknologi Awan, Penukaran VPN dengan Pelbagai Protokol, Sambungan Pusat Data serta Litar Pajakan Persendirian Domestik.

Organisasi boleh menaik taraf jalur lebar mereka hampir serta-merta apabila diperlukan dengan semudah menekan butang pada portal layan diri baharu di Maxis Business Hab.

Sistem sokongan data, penyelenggaraan pencegahan dan aktiviti pemulihan bencana juga kini boleh dijalankan dengan lebih berkesan, menyebabkan penjimatan sebanyak 30 peratus.